Forensik Bukit Aman periksa rumah Zalina Azman

Usaha menjejak bekas pembaca berita Zalina Azman yang hilang sejak November lalu terus menemui jalan buntu walaupun pelbagai usaha telah diambil polis.
Usaha menjejak bekas pembaca berita Zalina Azman yang hilang sejak November lalu terus menemui jalan buntu walaupun pelbagai usaha telah diambil polis.
A
A
A

SHAH ALAM - Usaha menjejak bekas pembaca berita Zalina Azman yang hilang sejak November lalu terus menemui jalan buntu walaupun pelbagai usaha telah diambil polis untuk mengesan orang hilang (OH) tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan terkini daripada pihak Forensik Bukit Aman turut tidak membuahkan hasil.

Pada Selasa jam lebih kurang 10 pagi pihak Forensik Bukit Aman telah hadir membuat pemeriksaan di sekitar rumah OH.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui apa-apa petunjuk untuk perkembangan siasatan kes OH ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada 22 Ogos melaporkan, polis telah merakam keterangan seorang rakan OH yang dipercayai sebagai individu terakhir bertemu bekas pembaca berita itu sebelum dilaporkan hilang.

Katanya, hasil siasatan mendapati individu itu tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina selain tiada perkembangan terbaru melibatkan kes itu sehingga kini.

Sebelum itu, siasatan terhadap kontraktor dan dua pekerja terlibat dalam kerja pengubahsuaian rumah OH menemui jalan buntu didapati tiada kaitan dengan kejadian tersebut.

Siasatan dijalankan susulan laporan berkaitan kehilangan Zalina Azman dibuat anak mangsa yang mendakwa gagal menghubungi ibunya sejak 24 November 2021.

Artikel Berkaitan: