PH Negeri Sembilan mahu Anwar kekal di Port Dickson

Aminuddin beramah mesra dengan atlet yang hadir pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sembilan kepada Pengurus-pengurus Pasukan ke Temasya Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-20 di Wisma Negeri.
Aminuddin beramah mesra dengan atlet yang hadir pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sembilan kepada Pengurus-pengurus Pasukan ke Temasya Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-20 di Wisma Negeri.
A
A
A

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan masih mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal bertanding di Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kehadiran berterusan Anwar di Port Dickson pastinya memberi kelebihan buat parti itu dalam mengekalkan kepimpinan PH di negeri ini.

"Setakat ini belum ada kata putus mengenainya, namun kita mengalu-alukan Anwar bertanding di Port Dickson. Walaupun beliau sibuk sebagai ketua pembangkang, Port Dickson sentiasa menjadi keutamaannya.

"Kalau beliau masih di Port Dickson, ia akan berikan kelebihan buat kami di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi PH bertanding di Negeri Sembilan, tentu akan berikan kelebihan buat kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sembilan kepada Pengurus-pengurus Pasukan ke Temasya Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-20 di Wisma Negeri di sini pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mempertimbangkan beberapa kerusi Parlimen untuknya bertanding pada PRU15.

Jelas Anwar, terdapat cadangan beberapa kerusi Parlimen seperti Permatang Pauh (Pulau Pinang), Tambun (Perak) atau Port Dickson (Negeri Sembilan).

Artikel Berkaitan: