Seorang lelaki hilang, Taufan Hinnamnor landa Korea Selatan

Seorang lelaki berjalan dekat kerosakan yang terjadi akibat Taufan Hinnamnor di Ulsan pada Selasa. - Foto Yomhap/Reuters
Seorang lelaki berjalan dekat kerosakan yang terjadi akibat Taufan Hinnamnor di Ulsan pada Selasa. - Foto Yomhap/Reuters
A
A
A

BUSAN - Taufan Hinnamnor tiba di Korea Selatan pada awal Selasa menyebabkan bekalan elektrik terputus dan seorang lelaki hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di bandar Ulsan.

Ia adalah salah satu taufan yang paling kuat melanda negara itu dalam tempoh beberapa dekad dan tiba lebih awal di Pulau Jeju, selatan Korea Selatan sebelum ia bergerak di bandar tersebut.

Taufan itu bergerak pada kelajuan 43 meter sesaat, kata pihak berkuasa.

Seorang lelaki berusia 25 tahun hilang selepas terjatuh ke dalam sungai setelah hujan melanda bandar Ulsan, kata Ibu Pejabat Pencegahan Bencana dan Keselamatan Pusat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa menutup lebih 600 sekolah di seluruh negara dan syarikat penerbangan tempatan menghentikan kira-kira 250 penerbangan domestik tetapi perkhidmatannya disambung semula secara berperingkat pada Selasa ketika taufan tersebut menuju ke Jepun.

Pada pagi Selasa, taufan itu berada di Laut Jepun, 100 kilometer dari Pulau Tsushima di wilayah Nagasaki di barat daya Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Lebih 35,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di wilayah Kyushu barat daya Jepun, kata syarikat Kyushu Electricity dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan beberapa kereta api laju terkenal Jepun telah digantung kerana angin kencang dan hujan manakala banyak kereta api tempatan turut menghentikan perkhidmatan.

Artikel Berkaitan:

Sekurang-kurangnya 120 penerbangan berlepas dan mendarat di lapangan terbang Kyushu turut dibatalkan. - Agensi