Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM86,390

PDRM
PDRM
A
A
A

GEORGETOWN - Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan di Sungai Dua dan Butterworth pada 2 September lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, polis turut merampas 14 bungkusan heroin seberat 6,300 gram bernilai RM84,000 dan dua bungkusan ganja seberat 47.80 gram bernilai RM2,390.

"Hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak Jun lepas untuk pasaran tempatan dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 31,500 penagih.

"Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua tangkapan didapati positif dadah jenis tetrahidrokanabinol dan ketamin, manakala semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua tangkapan mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berumur 25 dan 26 tahun itu ditahan reman enam hari sehingga 8 September ini.

Katanya, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan polis menyita dua buah kenderaan dan barang kemas bernilai RM49,750. - Bernama

Artikel Berkaitan: