Pesara polis maut kemalangan

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Labok-Banggol Judah, petang Ahad.
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Labok-Banggol Judah, petang Ahad.
A
A
A

MACHANG - Seorang pesara polis maut dalam kemalangan di Jalan Labok - Banggol Judah dekat Kampung Gendang Lima, petang Ahad.

Mangsa, Mohd Rujudi Awang, 55, maut ditempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV),Toyota Alphard yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.50 petang ketika mangsa dari arah Labok.

Sebaik sampai di lokasi, kereta mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar bahagian hadapan kereta Honda Civic yang dalam perjalanan dari Banggol Judah ke Kota Bharu.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Honda Civic berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, mayat mangsa mangsa dihantar ke Hospital Machang dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: