112 maut akibat banjir di Sudan sejak Jun

Gambar yang diambil pada 29 Ogos lalu menunjukkan kawasan Al-Kalakla, Khartoum, Sudan yang dilanda banjir. - Foto Xinhua
Gambar yang diambil pada 29 Ogos lalu menunjukkan kawasan Al-Kalakla, Khartoum, Sudan yang dilanda banjir. - Foto Xinhua
A
A
A

KHARTOUM - Hujan lebat dan banjir kilat yang melanda Sudan sejak Jun lalu sudah meragut 112 nyawa, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Majlis Kebangsaan untuk Pertahanan Awam dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 115 lagi cedera, manakala 34,944 rumah runtuh dan 49,096 lagi rosak teruk, lapor Agensi Anadolu.

Bulan lalu, pihak berkuasa Sudan mengisytiharkan darurat di enam negeri yang terjejas teruk-- Nil, White Nile, Kordofan Barat, Kordofan Selatan, Darfur Selatan dan Kassala.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memaklumkan hampir 250,000 rakyat Sudan terkesan akibat banjir dan hujan lebat di negara itu sejak Jun.

Musim hujan di Sudan lazimnya bermula pada Jun dan berlanjutan sehingga September, menyaksikan hujan lebat dan banjir terjadi pada Ogos dan September. - Bernama

Artikel Berkaitan: