Polis siasat kes rusuhan dua kumpulan di Bestari Jaya

Tangkap layar menunjukkan rusuhan yang berlaku di sebuah taman perumahan di Bestari Jaya di sini pada Ahad.
Tangkap layar menunjukkan rusuhan yang berlaku di sebuah taman perumahan di Bestari Jaya di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden rusuhan di sebuah taman perumahan di Bestari Jaya, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis memandang serius perlakuan itu dan akan membuat tangkapan sekiranya terdapat mana-mana individu didapati terbabit dalam kejadian berkenaan.

Menurut beliau, saksi kejadian atau orang ramai boleh tampil memaklumkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Sebarang maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fatmaliani di talian 013-6716323 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ramli berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 kanun sama.

Sebelum ini tular video berdurasi 0.34 saat menunjukkan pergaduhan dua kumpulan yang membuat kecoh di jalan raya berhampiran taman perumahan terbabit.

Menerusi video itu, terdapat beberapa lelaki memegang senjata meluru ke beberapa kenderaan hingga tercetusnya rusuhan.

Artikel Berkaitan: