Penuhi keperluan pesakit buah pinggang

Tian Soon (dua dari kanan) diiringi oleh Ketua Pegawai Ekskutif dan Pengarah Urusan Columbia Asia Group, Dr Chan Boon Kheng (kanan) melawat pusat dialisis CAH-Tebrau.
Tian Soon (dua dari kanan) diiringi oleh Ketua Pegawai Ekskutif dan Pengarah Urusan Columbia Asia Group, Dr Chan Boon Kheng (kanan) melawat pusat dialisis CAH-Tebrau.
A
A
A

SHAH ALAM - Columbia Asia Group (Columbia Asia) melancarkan unit dialisis keduanya di Columbia Asia Hospital Tebrau (CAH-Tebrau), Johor Bahru pada akhir Ogos bertujuan untuk memenuhi keperluan dialisis dalam kalangan pesakit buah pinggang di negeri itu.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon.

Pengurus Besar Serantau CAH-Tebrau, Rahani Yaacob berkata, seramai 8,000 pesakit buah pinggang dicatatkan dan memerlukan dialisis setiap tahun.

Menurutnya, satu kajian yang dibuat oleh National Renal Registry Malaysia pada tahun 2018 mendapati, Johor mencatatkan negeri kedua tertinggi yang mempunyai jumlah pesakit menjalani dialisis selepas Wilayah Persekutuan.

“CAH-Tebrau cuba mengatasi masalah ini. Sebelum melancarkan pusat dialisis ini, kami telah menerima banyak pertanyaan daripada pertubuhan di dalam dan sekitar kawasan Tebrau sama ada mempunyai perkhidmatan dialisis atau tidak.

“Dengan pembukaan pusat dialisis ini, kami berharap ia dapat diakses dan memudahkan pesakit buah pinggang untuk menggunakan perkhidmatannya kerana lebih dekat dengan rumah mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Malaysia Dialysis and Transplant Registry melaporkan seramai 8,431 pesakit dialisis bermula pada tahun 2018 dan meningkat kepada 44,136 pesakit dalam tempoh setahun.

Sementara itu, Tian Soon berkata, sistem penjagaan kesihatan di Johor akan mengatasi negeri lain pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Tian Soon (empat dari kiri), Rahana (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Ekskutif dan Pengarah Urusan Columbia Asia Group, Dr Chan Boon Kheng bersama tetamu yang hadir di hadapan unit hemodialisis CAH-Tebaru.
Tian Soon (empat dari kiri), Rahana (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Ekskutif dan Pengarah Urusan Columbia Asia Group, Dr Chan Boon Kheng bersama tetamu yang hadir di hadapan unit hemodialisis CAH-Tebaru.

“Kesedaran adalah lebih penting daripada rawatan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan mencegah hipertensi, diabetes dan obesiti kerana boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang.

Sempena pelancaran tersebut, pelbagai program telah diadakan antaranya promosi pemeriksaan kesihatan, fisioterapi dan konsultan diet di hospital itu.

Pusat dialisis di CAH-Tebrau mempunyai persekitaran yang selesa dan dilengkapi dengan 11 stesen hemodialisis yang dibuka enam hari seminggu.

Selain itu, mesin dialisis CAH-Tebrau mempunyai Sistem Pengurusan Data Terapi, sistem bersepadu yang membolehkan dokumentasi dan pemantauan maklumat pesakit.