Warga emas maut terperangkap dalam kebakaran

Kebakaran membabitkan dua rumah di Bukit Merah, Menglembu mengorbankan seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun. - Foto ihsan Bomba Perak
Kebakaran membabitkan dua rumah di Bukit Merah, Menglembu mengorbankan seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan dua rumah dan sebuah tokong di Jalan Merah 1/4, Bukit Merah, Menglembu di sini pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Loo Kin Chan@Loo Kok Chan, 78, ditemukan dalam salah sebuah rumah terbabit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.25 pagi.

Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah dan sebuah tokong di Menglembu.- Foto ihsan Bomba Perak
Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dalam kejadian kebakaran membabitkan dua rumah dan sebuah tokong di Menglembu.- Foto ihsan Bomba Perak

"Kebakaran melibarkan dua rumah kelas B yang masing-masing musnah terbakar 80 peratus dan sebuah tokong terbakar 20 peratus.

"Anggota bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan aliran air. Operasi turut dibantu oleh pasukan daripada BBP Ipoh hingga api berjaya dipadam sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 8.55 pagi.

Artikel Berkaitan: