Ubah cara fikir, pacu jadi juara

Pang Ron (kiri) dan Ee Wei terkandas dalam saingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Osaka baru-baru ini. Foto Agensi.
Pang Ron (kiri) dan Ee Wei terkandas dalam saingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Osaka baru-baru ini. Foto Agensi.
A
A
A

PARA pemain badminton negara perlu mempunyai mentaliti untuk menjadi juara bagi memacu mereka untuk beraksi cemerlang dan meraih gelaran besar di peringkat antarabangsa.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky berkata, kekuatan mental pemain negara masih belum berada pada tahap terbaik.

Ini selepas barisan pemain negara sekadar menamatkan saingan Kejohanan Badminton Terbuka Jepun di Osaka dalam pusingan suku akhir.

“Sewaktu latihan, mereka perlu berfikir untuk menjadi juara dan bukan hanya untuk menjadi lebih baik, jadi apabila berada di atas lapangan mereka akan berfikir untuk menjadi juara.

“Itu cuma pandangan saya, pemain sendiri perlu ada perubahan daripada segi cara mereka berfikir,” katanya.

Yew Sin-Ee Yi antara yang mengalas cabaran negara di Terbuka Jepun baru-baru ini. FOTO: BADMINTON PHOTO
Yew Sin-Ee Yi antara yang mengalas cabaran negara di Terbuka Jepun baru-baru ini. FOTO: BADMINTON PHOTO

Tiga wakil terakhir negara iaitu beregu campuran, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, selain beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teoh Ee Yi gagal ke separuh akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing baru-baru ini.

Bagi Rexy, faktor kekuatan mental menjadi perkara paling utama dalam memastikan setiap pemain negara dapat beraksi dengan lebih konsisten di pentas tertinggi dunia.

Artikel Berkaitan:

“Para pemain sebenarnya boleh pergi lebih jauh, cuma mereka masih bermain dengan tidak konsisten.

“Mereka terganggu dengan fikiran-fikiran yang tidak perlu sehingga prestasi dalam gelanggang menjadi tidak konsisten.

“Itu yang membuatkan saya berasa sedikit tidak puas kerana pemain di tahap mereka tidak boleh terlalu mudah diganggu dengan fikiran seperti itu,” katanya.