Peluru Kaliber ditemui bersama 76 PATI

Datuk Muhamad Zaki Harun
Datuk Muhamad Zaki Harun
A
A
A

PASIR MAS - Sebutir peluru Kaliber bersaiz sembilan milimeter ditemukan bersama 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) di pangkalan haram Guchil, Jeram Perdah di sini pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penemuan peluru dan penahanan PATI terbabit dilakukan pada jam 1.30 pagi hasil intipan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu di kawasan pangkalan haram itu.

"Hasil intipan yang dilakukan hampir 20 minit, anggota Batalion 9 telah mengesan pergerakan PATI Myanmar telah mendarat di tebing Sungai Golok sebelah Malaysia berhampiran pangkalan haram Guchil," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai 62 lelaki dan 14 wanita.

Muhamad Zaki berkata, kesemua tangkapan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 55E/ 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960," katanya.

Artikel Berkaitan: