PRU15: KDM sasar kerusi Parlimen Tenom, Papar

Peter (lapan dari kanan) selepas menghadiri mesyuarat KDM di Kota Kinabalu.
Peter (lapan dari kanan) selepas menghadiri mesyuarat KDM di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Kesejahteraan Masyarakat (KDM) mensasarkan kerusi Parlimen Tenom dan Papar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun ketika ini kepimpinan parti masih belum memutuskan bilangan kerusi yang akan ditandingi.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, buat masa ini pihaknya fokus untuk memperkukuhkan kedudukan di semua bahagian.

"Keputusan untuk kita bertanding dalam PRU15 ini akan kita muktamadkan dalam masa terdekat dan pastinya Tenom tidak akan kita lepaskan. Sebagai presiden, saya akan pertahankan Parlimen Tenom, begitu juga Parlimen Papar," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat KDM, di sini pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap bagaimanapun berkata, walaupun KDM belum diterima dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), namun parti itu kekal sebagai sebuah parti yang mesra kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Saya percaya Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Pengerusi GRS mempunyai pertimbangan sewajarnya untuk menerima kita atau tidak. Namun di peringkat saya, kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau selaku Ketua Menteri Sabah. Bagi saya, tidak ada isu yang timbul sama ada KDM diterima atau tidak.

"Apa yang penting, kelangsungan perjuangan kita akan teruskan dan akan terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta kerajaan pimpinan Hajiji walaupun belum diterima GRS.

"Sebagai parti yang kerdil di Sabah, kita akan muktamadkan keputusan bila sampai saja masanya dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi parti," katanya.

Artikel Berkaitan: