Streram nafi PH eksploitasi kanak-kanak

Calon PH PRK DUN Rantau, Dr. S Streram ketika Program Ziarah Mesra Ahli Persatuan Man Nam Kong Soh di Pekan Rantau, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Calon PH PRK DUN Rantau, Dr. S Streram ketika Program Ziarah Mesra Ahli Persatuan Man Nam Kong Soh di Pekan Rantau, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Calon PH PRK Dun Rantau, Dr S Streram menafikan yang mereka mengeksploitasi kanak-kanak dalam satu majlis kempen diadakan.

Beliau berkata, kehadiran kanak-kanak pada majlis berkenaan hanyalah untuk menyertai pertandingan melukis dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan(NGO).

"Kanak-kanak itu ada pada majlis itu untuk menerima hadiah. Disebabkan tiada pentas, majlis pemberian hadiah dibuat di atas trak PH yang berlatar belakang gambar pemimpin PH.

"Saya nak tegaskan ia tiada kaitan dengan PH dan kami tidak sesekali menyalah guna kanak-kanak bagi tujuan kempen," katanya pada sidang media di program Ziarah Mesra Ahli Persatuan Man Nam Kong Soh di sini, hari ini.

Katanya, beliau sangat menghormati dan membela kanak-kanak.

"Jangan cuba fitnah dan buat persepsi. Kalau ikutkan PH boleh bangkit lagi banyak isu, tapi kita tak mahu kerana hendak fokus pada pengundi," katanya.

Terdahulu, aktivis Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard memuat naik gambar kanak-kanak yang didakwa berada dalam sebuah program anjuran PH dihadiri calonnya, Dr S Streram malam tadi.

Artikel Berkaitan: