Jana kewangan, kekalkan tahap kesihatan bersama Multivita

Program membeli-belah dianjurkan Multivita untuk ejen dan stokis yang sentiasa berusaha meningkatkan jualan mereka.
Program membeli-belah dianjurkan Multivita untuk ejen dan stokis yang sentiasa berusaha meningkatkan jualan mereka.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengalaman mencuba Multivita untuk mengekalkan kesihatan antara faktor utama pelanggan produk akhirnya menjadi ejen dan stokis.

Beberapa ejen berkongsi pengalaman yang ternyata memberi manfaat besar kepada mereka dari segi kewangan dan kesihatan.

RAMZA
RAMZA

Pemilik spa kecantikan di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, Ramza Abd Ghani, 47, menyertai Multivita setahun lalu selepas mengalami masalah senggugut yang teruk.

"Saya mencuba produk ini selama sebulan, Alhamdulillah serasi. Ia sangat mengubah cara hidup kerana selepas itu saya dapat melakukan kerja harian tanpa perlu makan ubat," katanya.

Menurut Ramza, menjadi stokis Multivita turut memberinya peluang menampung pendapatan keluarga selepas spa terpaksa ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambahnya, ketika penduduk kampung bergelut dengan pandemik Covid-19, beliau berusaha memperkenalkan Multivita dan ternyata mendapat kepercayaan daripada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Kini, Ramza mampu menjana pendapatan sehingga lima angka selepas ramai pelanggan yang mencuba produk itu mahu menjadi ejen.

Stokis dari Tumpat, Anuar Mat yang sudah tiga tahun menyertai Multivita dan pendapatan yang diperoleh juga amat menggalakkan.

ANUAR
ANUAR

Katanya, pada usia 47 tahun sudah tiba masanya beliau mencari makanan tambahan bagi memastikan kekal sihat untuk menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

"Saya diperkenalkan oleh seorang rakan dan ketika itu hanya memikirkan silaturahim dan tidak menolak untuk mencuba.

"Alhamdulillah, produk ini sangat membantu mengekalkan kesihatan selain menambah kenalan," ujarnya.

Tambah beliau, Multivita juga menarik minatnya untuk terus menjadi ejen kerana keistimewaan insentif yang ditawarkan termasuk bonus yang berbaloi.

Multivita turut memberi peluang kepada pesara kerajaan, Abd Razak Hussin, 60, untuk meneruskan kehidupan dengan cara lebih sihat.

ABD. RAZAK
ABD. RAZAK

Kata Abd Razak, pada mulanya beliau mencari makanan kesihatan untuk diri sendiri, namun selepas itu membelinya untuk ahli keluarga lain kerana kesannya sangat positif.

"Apa yang boleh saya katakan, menyertai Multivita membuatkan tubuh badan lebih sihat malah kewangan juga terjamin," katanya.

Pesara itu juga sedang mempertimbangkan untuk menjadikan jualan Multivita sebagai pendapatan utama.

Insentif menarik

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Multivita Resources, Mohd Harmizuan Hamzah berkata, pengalaman ejen telah menarik mereka untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Multivita dan menjana pendapatan besar hasil daripada produk itu.

Multivita yang dikeluarkan oleh syarikat Mohd Harmizuan berjaya menjana pendapatan buat ejen dan stokis.
Multivita yang dikeluarkan oleh syarikat Mohd Harmizuan berjaya menjana pendapatan buat ejen dan stokis.

Jelasnya, sejak diperkenalkan pada 2019 ejen bertambah sehingga 200 peratus malah mampu meningkatkan pendapatan mereka.

Menurutnya, Multivita menyediakan pelbagai insentif menarik untuk ejen dan stokis termasuk bonus yang tinggi, pemberian motosikal, barang kemas, komputer riba dan pakej umrah.

"Semua itu sebagai penghargaan kami kepada mereka yang sentiasa berusaha selain menjana pendapatan," jelasnya.

Stokis dan ejen multivita semasa program pembukaan cawangan Terengganu.
Stokis dan ejen multivita semasa program pembukaan cawangan Terengganu.

Apa yang menarik, Multivita kini menyediakan insentif pencen kepada stokis atau ejen yang berjaya mencapai Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI).