Akanji sesuai gaya permainan Guardiola

Akanji
Akanji
A
A
A

MANCHESTER City menandatangani pemain pertahanan Switzerland, Manuel Akanji dengan kontrak lima tahun daripada kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund.

Pengarah Bola Sepak Manchester City, Txiki Begiristain berkata, Akanji sesuai dengan profil pemain pertahanan yang diperlukan pengurus Pep Guardiola.

“Kami kagum dengan persembahannya semasa di Dortmund, di mana dia telah berkembang menjadi pemain pertahanan yang sangat baik dan seorang yang bersedia untuk beraksi dalam kedua-dua Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

“Dia mempunyai segala-galanya yang kami mahukan sebagai bek tengah. Dia kuat, pantas, selesa dalam penguasaan bola, mempunyai jarak hantaran yang sangat baik dan akan melengkapkan pertahanan lain dalam pasukan ini dan gaya permainan kami," katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang mempunyai 41 caps bersama Switzerland merupakan pemain kelima direkrut City pada jendela perpindahan pemain yang ditutup lewat Khamis.

Untuk rekod, Akanji memulakan karier di FC Winterthur kemudian Basel dalam liga Switzerland sebelum menyertai Dortmund pada Januari 2018, yang menyaksikan dia membuat 158 ​​penampilan.

Untuk rekod Manchester City tidak mendedahkan bayaran perpindahan, namun laporan media menyatakan dalam lingkungan 15-17 juta pound.

Artikel Berkaitan: