[VIDEO] ‘Saya tak pernah ambil wang walau satu sen’- Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi mendengar keputusan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. - Foto Bernama
Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi mendengar keputusan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] “Saya kecewa dengan keputusan mahkamah, saya terluka,” kata Datin Seri Rosmah Mansor ketika diberi peluang untuk merayu di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis agar diringankan hukuman.

Isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, dia sedih dengan keputusan itu selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berhubung projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Biarpun keputusan tidak menyebelahinya, beliau menghormati perintah mahkamah dan beranggapan mahu tinggalkan mahkamah dengan kenangan yang manis.

“Saya tak pernah ambil wang walau satu sen, tolonglah kasihan pada saya, jika ia boleh berlaku kepada saya, ia boleh berlaku kepada anak cucu anda,” katanya.

Rosmah berkata, sepanjang hidup, dia tidak pernah mempunyai niat untuk meminta atau menerima rasuah.

Menurutnya, Yayasan Permata mempunyai dana sebanyak RM45 juta dan dia tidak pernah sekali pun mengusik peruntukan tersebut.

Bukan itu sahaja, dia yang juga pengasas yayasan itu mendakwa, tiada saksi yang nampak beliau mengambil mahu pun mengira wang tersebut.

“Saya serah segalanya kepada ALLAH, siapa yang betul dan siapa salah, lambat laun akan diketahui juga.

Artikel Berkaitan:

“Saya harap Yang Arif (Mohamed Zaini) dapat mempertimbangkan dan menganggap saya sebagai seorang wanita yang menjalankan tanggungjawab sebagai lelaki di dalam rumah,” katanya.