DUN Sentosa teruskan tradisi Jelajah Merdeka

Gunaraj (tengah) tiba di check point pertama di Taman Rama-Rama Bukit Tinggi sempena Jelajah Merdeka DUN Sentosa, pada Rabu.
Gunaraj (tengah) tiba di check point pertama di Taman Rama-Rama Bukit Tinggi sempena Jelajah Merdeka DUN Sentosa, pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa meneruskan tradisi acara tahunan dengan penganjuran sambutan Hari Kebangsaan menerusi Jelajah Merdeka, pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunarajah George berkata, sambutan tahun ini diadakan di empat lokasi iaitu di Gelanggang Futsal Jalan Dato’ Yusof Shahabudin, Taman Kupu-Kupu, Taman Maznah dan Taman Klang Jaya.

Menurutnya, pengisian program di setiap lokasi berbeza antaranya persembahan rakyat, pertandingan futsal dan konvoi bermotosikal serta pengagihan sumbangan dan insentif.

“Program sambutan ini dianjurkan bermula pada 2018 namun tidak dapat diteruskan berikutan pandemik Covid-19.

"Diharap penganjuran semula program pada tahun ini dapat membangkitkan perpaduan masyarakat dan hormat menghormati.

"Kami juga mengagihkan bakul makanan kepada rakyat terkesan (Covid-19) dan pemberian insentif haji," katanya ketika ditemui pemberita di tapak program di Gelanggang Futsal Jalan Dato’ Yusof Shahabudin.

Beliau hadir dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama Kelab Motosikal Solar FC Tiger.

Gunarajah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, perlawanan futsal serta mengagihkan bakul makanan kepada 65 penerima.

Artikel Berkaitan: