Tangguh dahulu naikkan harga roti Gardenia

Laporan Sinar Harian berhubung kenaikan harga roti Gardenia.
Laporan Sinar Harian berhubung kenaikan harga roti Gardenia.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa pengeluar jenama roti Gardenia menangguhkan dahulu keputusan untuk menaikkan harga produknya bermula Khamis ini.

Naib Presidennya, Dr Shatish Kumar berkata, kenaikan kali kedua jenama roti berkenaan tidak wajar dah dikhuatiri akan turut memberi impak kenaikan kepada harga barang perkhidmatan yang lain.

Menurutnya, kemungkinan jenama pesaing juga akan mengambil peluang untuk menaikkan harga produk mereka.

“Kenaikan ini sebenarnya membebankan rakyat khususnya golongan B40 dan M40," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, walaupun keputusan untuk menaikkan harga roti itu adalah disebabkan kenaikan harga bahan mentah, pengeluar roti itu yang merupakan anak syarikat salah satu konglomerat terbesar di negara ini boleh menyerap kenaikan itu.

“Syarikat itu perlu menyerap sebarang kenaikan terlebih dahulu dan menimbangkan keputusan untuk menaikkan harga jenama roti berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

Kenaikan berlaku disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

Artikel Berkaitan: