SP Setia terima anugerah 10 pemaju terbaik di Asia kali ke-11

Hon Lim (dua dari kiri) menerima anugerah 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.
Hon Lim (dua dari kiri) menerima anugerah 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SP Setia Berhad melakar kejayaan ke-11 apabila dianugerahkan 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.

Anugerah itu disampaikan kepada Naib Presiden Eksekutif SP Setia Berhad, Datuk Tan Hon Lim, oleh Pengurus Besar Emerging Pasaran Asia BCI Central Pietter Sanjaya diiringi Pengurus Besar BCI Central Malaysia, Kok Sook Leng dan Pengurus Besar Jotun, Kenny Bi.

Dalam pada itu Hon Lim menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti bahawa S P Setia memberikan komitmen yang tinggi dalam membina kediaman sekaligus menyokong gaya hidup holistik dan mampan yang berpaksikan falsafah pembangunan 'LiveLearnWorkPlay'.

“Pengiktirafan berterusan BCI Asia kepada SP Setia sebagai salah satu pemaju hartanah terkemuka adalah satu penghormatan kerana kami kekal di barisan hadapan menyampaikan produk yang inovatif dan relevan untuk memenuhi keperluan pembeli rumah selaras dengan matlamat ESG kami,” kata Hon Lim dalam satu kenyataan pada Rabu.

Hon Lim (enam dari kiri) menerima anugerah 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.
Hon Lim (enam dari kiri) menerima anugerah 10 Pemaju Terbaik di Asia pada majlis anugerah BCI Asia Awards 2022 yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental di sini pada 26 Ogos lalu.

Anugerah BCI Asia Top 10 Developers mengiktiraf pemaju hartanah dengan menilai sejauh mana sesuatu projek yang diusahakan menitik beratkan soal kemampanan dan kawasan hijau.

Artikel Berkaitan: