Terbuka AS: Cornet tunjukan Raducanu jalan keluar awal

Cornet
Cornet
A
A
A

BINTANG Britain, yang juga penyandang juara Emma Raducanu ditunjukkan jalan keluar dari Terbuka Amerika Syarikat (AS) setelah tewas kepada pemain bukan pilihan dari Perancis, Alize Cornet 3-6, 3-6 pada pusingan pertama di Flushing Meadows, New York.

"Saya minta maaf kawan-kawan kerana tahu anda suka Emma. Dia pemain hebat jadi saya minta maaf kerana mengalahkannya malam ini.

"Saya sangat gembira dengan prestasi saya dalam perlawanan ini. Permainan saya sangat mantap secara keseluruhan.

"Cuma saya semakin letih di pertengahan set kedua kerana rali yang sangat panjang. Saya hanya bertahan dan bertarung sepenuh hati," kata Cornet.

Kejayaan terbaharu Cornet tersebut meneruskan aura luar biasa yang sebelum itu mengejutkan beberapa nama besar di Grand Slam.

Di Terbuka Australia, Cornet menyingkirkan pemain pilihan ketiga, Garbiñe Muguruza, Tamara Zidanšek (29), Simona Halep (14) manakala Terbuka Perancis menjinakkan Jelena Ostapenko (13).

Edisi Wimbledon baru-baru ini dia menundukkan Yulia Putintseva (27) diikuti Iga Swiatek (1) sebelum menjadikan Raducanu (11) mangsa terbaharu di New York.

Artikel Berkaitan: