Pelangi pelik muncul di Pulau Hainan

Pelangi yang berbentuk pelik di langit Pulau Hainan telah tular di laman sosial. - Foto Twitter
Pelangi yang berbentuk pelik di langit Pulau Hainan telah tular di laman sosial. - Foto Twitter
A
A
A

BEIJING - Satu fenomena unik pelangi dirakamkan di bandar Haikou di selatan Pulau Hainan ketika matahari terbenam baru-baru ini.

Sebuah video yang disiarkan ke Twitter menunjukkan awan gelap berada di atas pelangi yang berbentuk seperti mahkota diraja dengan warna oren, kuning dan hijau.

Klip video selama sembilan saat itu telah menjadi tular dengan lebih 28 juta tontonan dan lebih 15,000 pengikut yang suka.

Fenomena itu adalah berlaku akibat kewujudan awan pileus kadang-kadang dikenali sebagai 'awan topi' atau awan selendang terbentuk tepat pada waktu petang yang sesuai untuk menghasilkan awan pelangi.

China baru-baru ini telah mengalami gelombang haba dan kemarau yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyebabkan sebahagian daripada Sungai Yangtze kering dan suhu 40 darjah Celsius selama beberapa minggu di barat negara itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: