Kadar biasiswa pelajar tajaan JPA sedang dikaji

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kadar biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara sedang dikaji bagi tujuan penyelarasan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Buat masa ini, katanya, JPA sedang berbincang dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi menyelaraskan kadar biasiswa dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Ini kita tengah kaji, biasiswa JPA kita akan selaraskan kadar pemberian biasiswa di United Kingdom dan kita sedang bincang dengan Mara.

"Ada juga pelajar tajaan Mara, jadi kita akan selaraskan dan umumkan dalam sedikit masa lagi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini pada Selasa.

Pada Isnin, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, Jemaah Menteri bersetuju meluluskan semakan semula kadar biasiswa di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar khususnya Mara untuk semua pelajar di dalam dan luar negara.

Annuar berkata, kerajaan turut mengambil maklum mengenai biasiswa lain berkaitan kerajaan termasuk JPA, bagi memastikan kadar biasiswa dinaikkan selaras dengan kenaikan kadar inflasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: