Bentuk bayaran KGT tambahan khas penjawat awam akan disemak

Penjawat awam melafazkan ikrar Perkhidmatan Awam semasa majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) bertemakan "Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Bentuk bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam akan disemak dengan Kementerian Kewangan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, bayaran tambahan khas KGT itu perlu disemak bagi menentukan sama ada kenaikan itu berlaku berterusan (snowball effect) atau hanya kenaikan pada tahun 2023 sahaja.

"(Perkara itu) kita akan teliti balik dengan Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai KGT tambahan khas untuk penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada MAPPA XVIII yang dihadiri yang dihadiri kira-kira 4,000 penjawat awam.

Ismail Sabri mengumumkan KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 yang akan dibayar mulai Januari 2023. Inisiatif baharu itu akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. - Bernama

Artikel Berkaitan: