Anggota polis maut kemalangan

Allahyarham ketika itu dalam perjalanan ke IPD Hulu Selangor untuk menyertai kawad kawalan kehormatan pada Selasa.
Allahyarham ketika itu dalam perjalanan ke IPD Hulu Selangor untuk menyertai kawad kawalan kehormatan pada Selasa.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang anggota polis yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor maut akibat kemalangan di sekitar Kampung Dato' Harun, Serendah di sini pada Selasa.

Difahamkan, mangsa, Konstabel Syaiful Aizuddin Abd Halim merupakan sebahagian daripada anggota terlibat kawad kawalan kehormatan pada Majlis Serah Terima Tugas antara Superintendan Suffian Abdullah menggantikan Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin sebagai Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang turut hadir pada majlis itu menzahirkan takziah dan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, Allahyarham telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun dan bertugas di Balai Polis Bukit Sentosa.

"Saya dan seluruh warga IPD Hulu Selangor menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Syaiful Aizuddin yang telah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal," katanya kepada media selepas selesai majlis tersebut di IPD Hulu Selangor di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan: