UM nafi dakwaan guna penyelidikan pelajar tanpa kebenaran

UM menafikan dakwaan pihaknya menggunakan penyelidikan pelajar tanpa kebenaran.
UM menafikan dakwaan pihaknya menggunakan penyelidikan pelajar tanpa kebenaran.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) pada Isnin membuat satu laporan polis susulan video tular mengenai dakwaan pihaknya menggunakan penyelidikan seorang pelajar tanpa kebenaran.

UM memaklumkan, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan dakwaan pelajar yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) dari Yaman berumur 34 tahun itu.

"Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Sebelum ini tular sebuah video calon PhD terbabit, Abbod Ali Mohammed Saeed, membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Dalam pada itu UM memaklumkan, universiti itu sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod Ali menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

"Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu calon terbabit.

"Bagaimanapun calon berkenaan didapati masih tidak berupaya untuk menamatkan pengajian dalam tempoh lanjutan yang diberi," katanya.

Artikel Berkaitan: