KARiSTA medan pemanas badan ke SUKUM

Mohd Sazili (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Datuk Dr Jamil Hamali (kanan) selepas perasmian KARiSTA 2022.
Mohd Sazili (dua dari kiri) menerima cenderamata daripada Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof Datuk Dr Jamil Hamali (kanan) selepas perasmian KARiSTA 2022.
A
A
A

KARNIVAL Sukan Staf (KARiSTA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun pada 24 hingga 30 Ogos berlangsung meriah selepas kali terakhir dianjurkan di UiTM Sarawak pada Februari 2020.

Menurut Pegawai Sukan Pusat Sukan UiTM, Shahrin Ismail, edisi kali ketujuh itu melibatkan penyertaan kira-kira 1,200 atlet dan pegawai dari 14 kampus UiTM seluruh negara.

"Sebanyak 13 acara dipertandingkan melibatkan bola sepak, bola sepak veteran, bola jaring, pingpong, tenpin boling, bola tampar, catur, badminton, golf, sepak takraw dan petanque.

"Kejohanan anjuran Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan UiTM dengan kerjasama UiTM Terengganu bertujuan meningkatkan ukhuwah dalam kalangan staf seluruh UiTM, di samping merupakan program universiti dalam menyokong Sustainable Development Goal 3 - Good Health and Well-being.

"Penganjuran karnival sukan pada kali ini juga akan menjadi medan pemilihan kontinjen UiTM ke Karnival Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) pada 14 hingga 23 September ini," katanya.

Majlis perasmian KARiSTA sempurnakan Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi di Dewan Aspirasi UiTM Terengganu.

Artikel Berkaitan: