Tengku Zafrul dilantik Pengerusi Manifesto BN Selangor

Gambar kecil dari kiri: Rizam, Tengku Zafrul
Gambar kecil dari kiri: Rizam, Tengku Zafrul
A
A
A

SABAK BERNAM - BN Selangor mengumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Manifesto BN berkuat kuasa awal Ogos lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, Tengku Zafrul akan sentiasa saling bekerjasama dan berhubung dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengetuai manifesto BN di peringkat pusat.

"Pelantikan ini sudah berkuat kuasa dan telah mula mengadakan mesyuarat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan, Koperasi dan Pendidikan Parlimen Sabak Bernam di Dataran Usahawan Pekan Sabak pada Isnin.

Ditanya antara tumpuan manifesto BN Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Noh berkata, perkara itu akan diumumkan BN pada waktu sesuai.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negari (DUN) Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, pelantikan Tengku Zafrul tentunya memberi keyakinan kepada BN untuk mempersembahkan manifesto yang diyakini rakyat di negeri ini.

Beliau turut menyifatkan pemilihan Bendahari BN Selangor itu adalah pilihan tepat memandangkan Tengku Zafrul mempunyai kemampuan untuk menilai dan memberi perkhidmatan terbaik serta kemampuan sebagai sebuah kerajaan negeri.

"Sudah pasti kehadiran Tengku Zafrul ini membantu BN bagi menghadapi PRU15 akan datang

"Saya yakin dan percaya akan ada gerak kerja untuk memastikan kemenangan BN di Selangor," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: