Mayat dengan kaki terikat ditemukan dalam but kereta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lelaki ditemukan mati dalam keadaan kaki diikat dengan kain serta cedera pada muka dan telinga di dalam but sebuah kereta Perodua Bezza di Jalan Tugu di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, sebelum itu, dua anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) telah mengesan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di bulatan Hishammuddin, berhampiran Bank Negara.

"MPV berkenaan kemudian mengejar kereta itu sebelum pemandunya memberhentikan kenderaan tersebut di tepi jalan berhampiran Bangunan Majlis Perubatan Malaysia, Jalan Tugu, di sini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, empat penumpang termasuk seorang wanita melarikan diri ke arah landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

"Pihak polis kemudian membuat pemeriksaan dan menemui mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an dalam but kereta itu," ujar beliau.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan digunakan untuk khidmat e-hailing.

"Kereta itu didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor," katanya.

Susulan itu, Polis Kuala Lumpur memberkas tujuh individu warga Indonesia pada 4.30 petang Isnin, yang mana empat daripada mereka berkemungkinan positif terbabit dalam kes penemuan mayat mangsa.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Artikel Berkaitan: