Positano Risto tawar citarasa Itali

Squid Ink Spaghetti adalah antara hidangan bintang ditawarkan di Restoran Positano Risto.
Squid Ink Spaghetti adalah antara hidangan bintang ditawarkan di Restoran Positano Risto.
A
A
A
KEPADA pencinta makanan dan penggemar makanan Itali, berkunjung ke Restoran Positano Risto adalah pilihan tepat.

Restoran yang terletak di Publika, Kuala Lumpur ini menawarkan lebih 50 hidangan Itali halal bak hidangan lima bintang namun pada harga tetap tiga bintang.

Apa yang lebih menarik, setiap menu ditawarkan menepati citarasa rakyat Malaysia walaupun kebanyakan hidangan berasal dari Itali.

Selain pasta, lobster, piza dan stik turut disediakan kepada pelanggan adalah saiz hidangan yang besar serta mewah yang mana ia sesuai untuk dinikmati lebih daripada seorang.

Suasana ruang restoran yang luas dan selesa ini amat sesuai untuk bersantai sambil menjamu selera bersama rakan-rakan dan keluarga.

Pengasas Positano Sdn Bhd, Mohd Imran Abdullah memberitahu, menu-menu yang ditawarkan di restoran berkenaan disediakan oleh semua tukang masak tempatan.

"Semua menu yang dihidangkan di atas meja pelanggan disediakan tukang masa tempatan dan ia dijamin halal serta bersih," katanya.

Restoran yang mula bertapak di Singapura ini menawarkan potongan harga 50 peratus setiap Isnin untuk hidangan utama bermula jam 5 petang dan Selasa diskaun 20 peratus untuk semua hidangan shanks dan ribs.

Antara hidangan bintang restoran ini adalah Squid Ink Spaghetti dan Whole Boston Lobster Fettuccine.
Artikel Berkaitan: