Dua gol Kane legakan Spurs

Kane (kiri) menjaringkan dua gol ketika membantu Spurs menewaskan Forest 2-0 dalam saingan EPL. Foto Agensi.
Kane (kiri) menjaringkan dua gol ketika membantu Spurs menewaskan Forest 2-0 dalam saingan EPL. Foto Agensi.
A
A
A

DUA ledakan gol Harry Kane memberikan kemenangan 2-0 di Nottingham Forest sekali gus melonjakkan Tottenham Hotspur ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Antonio Conte bermula dengan baik dalam kempen kali ini dengan Kane memastikan mereka mengekalkan rentak berkenaan di City Ground.

Kapten England itu meletakkan Spurs di depan menerusi penyudah baik apabila menyudahkan dengan baik umpanan Dejan Kulusevski dari luar kotak penalti Forest pada minit kelima.

Ia adalah gol liga ke-200 Kane membabitkan karier di Spurs serta ketika dipinjamkan ke Millwall, Leicester dan Leyton Orient.

Kane mensia-siakan peluang untuk menambah kelebihan Spurs pada babak kedua apabila bola terkena tangan Steve Cook dalam kotak penalti.

Dean Henderson menyelamatkan penalti Kane dan dia terlepas peluang pertama kali sejak 2018.

Kane membalasnya dengan gol keempat musim ini pada minit ke-81.

"Perlawanan ini sangat sukar. Bukan mudah untuk bermain di stadium ini. Gelanggang ini sangat bising.

Artikel Berkaitan:

"Forest banyak menang pertembungan antara kami tetapi pada babak kedua saya rasa kami lebih banyak mengawal perlawanan.

"Pemain banyak meningkat dan belajar untuk menderita bersama dan menjadi lebih kompak," ujar Conte.

Menerusi tiga kemenangan daripada empat aksi, Spurs sama mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester City dan dibezakan dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.