'Kisah dogeng jadi kenyataan' - Chong Wei

Pasangan badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memahat sejarah apabila mengakhiri penantian gelaran sulung negara untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Ahad. - Foto EPA, gambar kanan: Chong Wei
Pasangan badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memahat sejarah apabila mengakhiri penantian gelaran sulung negara untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Ahad. - Foto EPA, gambar kanan: Chong Wei
A
A
A

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan kejayaan yang dikecapi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang muncul juara pada Kejohanan Badminton Dunia bagaikan kisah dogeng yang akhirnya menjadi kenyataan.

Beliau berkata, dahulu wakil negara hampir meraih kemenangan, namun sekarang pemain badminton Malaysia sudah pun bergelar juara dunia.

Tambahnya, sejak penyertaan Malaysia di kejohanan dunia pada 1977, wakil negara beberapa kali hampir merangkul emas namun terkandas apabila tewas di tangan lawan masing-masing.

"Peliknya 11 negara sudah pun bergelar juara, tetapi bukannya Malaysia. Percaya tak, Sweden, Amerika Syarikat dan Singapura pun pernah juara tetapi bukan negara kita.

"Hari ini, sejarah sudah pun dibetulkan oleh Aaron-Wooi Yik apabila mempamerkan aksi yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Terima kasih Malaysia... Kita juara," katanya

Aaron-Wooi Yik memahat sejarah apabila mengakhiri penantian gelaran sulung negara untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia di Jepun pada Ahad.

Mereka menewaskan juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada pertarungan straight set 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau gelaran juara pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 terbabit sejak digandingkan pada 2017.

Artikel Berkaitan:

Mengikut rekod, Chong Wei antara pemain badminton Malaysia paling kerap beraksi di pentas final kejohanan dunia iaitu pada 2011,2013 dan kali terakhir 2015.