Ayamas perkenal Sate Ayam Jumbo

A
A
A
AYAMAS, jenama yang terkenal dengan produk berasaskan ayam sejuk beku, telah memperkenalkan produk baharunya, Sate Ayam Jumbo.

Produk itu diperbuat daripada potongan daging ayam premium Ayamas yang diperap dengan campuran serai, halia, bawang, lengkuas, herba dan rempah terpilih, kemudiannya dicucuk pada lidi dan dibakar secara teliti menggunakan api arang kayu bagi menyerlahkan aroma sate sebenar sebelum dibekukan dan dibungkus.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Huluan, QSR Brands (M) Holdings Bhd, Adi Wira Abd Razak berkata, produk terbaharu itu bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga istimewa dari segi keenakan rasa dan penggunaan ramuan berkualiti daripada Ayamas.

"Saya yakin pelanggan setia akan menyukainya. Hanya perlu panaskan sate ini beberapa minit, anda boleh menikmatinya bersama kuah yang turut tersedia dalam pek pada harga hanya RM18.89 setiap paket,” katanya.
Artikel Berkaitan: