Sorok 82 PATI bawah timbunan barangan syarikat kurier

Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah syarikat kurier di sini pada Rabu lalu.
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah syarikat kurier di sini pada Rabu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Taktik menyorok pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah timbunan barangan terbongkar selepas diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor di sebuah syarikat kurier di sini pada Rabu lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Selangor pada Ahad, seramai 106 individu yang bekerja sebagai pekerja am dan tukang susun barangan untuk penghantaran di syarikat berkenaan telah diperiksa dalam operasi pada jam 11.40 pagi.

"Hasil pemeriksaan seramai 71 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar serta seorang lelaki warga India berusia 17 hingga 50 tahun telah ditahan dalam operasi tersebut," katanya.

Tambah kenyataan itu, berkemungkinan ada ejen yang menyeludup PATI dari Myanmar melalui utara tanah air untuk dijadikan sebagai pekerja kilang.

"Kesemua 82 PATI telah ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta yang sama dan Peraturan 39(B), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Artikel Berkaitan: