Negara OIC digesa hulur bantuan banjir kepada Pakistan

Sekurang-kurangnya setengah juta rumah rosak, jalan raya dihanyutkan, dan hampir 150 jambatan musnah di seluruh Pakistan. Foto AP
Sekurang-kurangnya setengah juta rumah rosak, jalan raya dihanyutkan, dan hampir 150 jambatan musnah di seluruh Pakistan. Foto AP
A
A
A

NEW DELHI - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha pada Sabtu merayu negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pakistan.

Ketua OIC itu mengucapkan takziah di atas kehilangan nyawa di Pakistan akibat hujan monsun yang lebat sehingga mencetuskan banjir.

Beliau menyeru organisasi kemanusiaan Islam untuk menghulurkan 'bantuan kecemasan bagi mengurangkan penderitaan penduduk yang terjejas'.

Lebih 1,000 orang terkorban dalam bencana itu sejak Jun dan 33 juta atau kira-kira 15 peratus daripada jumlah penduduk Pakistan, tinggal di kawasan yang dilanda banjir.

Jambatan dan jalan raya telah dihanyutkan di banyak tempat di wilayah Sindh, Balochistan, Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab. - Bernama

Artikel Berkaitan: