Ulama terkemuka India meninggal dunia

Maulana Jalaluddin Umri
Maulana Jalaluddin Umri
A
A
A

NEW DELHI - Ulama terkemuka India, Maulana Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun di New Delhi pada petang Jumaat.

Beliau adalah bekas ketua Jamaat-e-Islami Hind, sebuah organisasi sosio-agama, dan Naib Presiden Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB), sebuah perhimpunan intelektual dan organisasi.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham merupakan seorang pemidato terkenal dan pengarang dua puluh buah buku.

Tulisan Jalaluddin dianggap berpengaruh besar dalam pelbagai subjek. AIMPLB mengenang beliau sebagai 'seorang pemikir yang cemerlang dan cendekiawan Islam yang berwawasan.'

Presiden Jamiat Ulama-i-Hind Maulana Mahmood Asad Madani mengingati beliau sebagai seorang yang berkhidmat sebagai suara kaum India Muslim manakala ulama Zafarul Islam Khan menggelarnya sebagai 'tonggak masyarakat'.

Jalaluddin dilahirkan pada 1935 di sebuah kampung bernama Puttagram di daerah Arkot Utara negeri Tamil Nadu. Beliau meninggal akibat radang paru-paru ketika dalam rawatan di hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan: