Masjid Taman Industri Sri Sulong lokasi utama di Johor

Mohd Yusof
Mohd Yusof
A
A
A

JOHOR BAHRU - Malaysia #QuranHour di negeri ini memilih Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Bahat sebagai lokasi utama penganjuran program pada 30 Ogos ini.

Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor, Mohd Yusof Jamar berkata, pada kebiasaannya lokasi di Johor Bahru menjadi pilihan penganjuran program, namun kelainan ditampilkan dengan Batu Pahat dipilih bagi memberikan kelainan.

Menurutnya, seramai 700 orang dijangka hadir menyertai Malaysia #QuranHour di Masjid Taman Industri Sri Sulong, Batu Bahat.

"Kebiasaannya di peringkat Negeri, pihak Rumah Ngaji mahupun sekretariat #QuranHour akan memilih lokasi di Johor Bahru. Namun kelainan pada tahun ini, kami ke daerah Batu Pahat bagi mengajak orang ramai untuk bersama mengikuti gelombang Malaysia #QuranHour.

"Jika World #Quran Hour lepas kami pilih Machap sebagai lokasi penganjuran bersempena kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, namun kali ini Batu Pahat pula dipilih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Mohd Yusuf, seramai sembilan Qari dan seorang pentadabbur yang akan menyampaikan surah Al-Sajdah dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Katanya, tema tersebut selari dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, surah Al-Sajdah menyajikan formula membentuk mukmin sejati melalui sujud dan infak.

"Kita mahu mengajak semua peringkat pemimpin bermula dari diri sendiri, keluarga masyarakat dan pemimpin bersujud, bersedekah dan sabar untuk memecah kesombongan

Artikel Berkaitan:

"Formula ini mampu menjadi panduan dan solusi dalam membina sebuah keluarga, organisasi dan negara berbudi dan penyayang yang diredai ALLAH SWT,"Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur," katanya.

Malaysia #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia (MAPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.