Tiada parti dapat majoriti mudah dalam PRU15: Tun M

Dr Mahathir ketika berucap merasmikan Himpunan Nasional 2022 BerjasaMalaysia, di sini, pada Sabtu.
Dr Mahathir ketika berucap merasmikan Himpunan Nasional 2022 BerjasaMalaysia, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad yakin tiada mana-mana parti akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, parti terkuat di dalam negara dijangka perlu mengadakan kerjasama dengan parti lain bagi menubuhkan kerajaan selepas PRU kali ini.

“Saya yakin kali ini tidak ada parti boleh dapat 50 peratus lebih (kerusi) kerana bukan dua parti sahaja yang bertanding.

“Sekarang banyak parti dan masing-masing hanya seronok nak jadi Perdana Menteri,” katanya dalam satu sidang media di sini, pada Sabtu.

Beliau sebelum itu hadir merasmikan Himpunan Nasional 2022 Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Malaysia.

Disebabkan itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, GTA bersedia untuk bekerjasama dengan parti lain untuk menubuhkan kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, gabungan itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan parti yang tidak berintegriti dan terpalit dengan amalan rasuah.

Dalam pada itu, Dr Mahathir memaklumkan Parti Warisan (Warisan) ketika ini bukan sebahagian daripada gabungan GTA.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mendakwa, gabungan tersebut mendapat sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat di Sabah dan Sarawak sokongan.

Malah katanya, kekuatan sokongan itu dilihat lebih ramai berbanding di Semenanjung.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, gabungan GTA tidak akan menamakan mana-mana pemimpin sebagai calon Perdana Menteri menjelang PRU15.

Empat parti berada di bawah gabungan GTA ketika ini ialah(Pejuang), Berjasa, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).