Kelantan jadikan Senaman Tua acara mingguan

Mohd Amar (empat dari kanan) bersama peserta pada Himpunan Senaman Tua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu.
Mohd Amar (empat dari kanan) bersama peserta pada Himpunan Senaman Tua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan akan menjadikan senaman orang Melayu dulu-dulu atau ‘Senaman Tua’ sebagai acara mingguan dalam usaha mengajak rakyat di negeri ini mengamalkan gaya hidup sihat.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, acara tersebut akan berlangsung selama satu jam setiap hari Sabtu di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini.

"Senaman Tua yang menggabungkan pelbagai gerakan ini mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan manusia.

"Antaranya melancarkan perjalanan darah, selain itu ia baik untuk mereka yang mempunyai penyakit berkait saraf dan banyak lagi kebaikan lain untuk semua peringkat umur," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Himpunan Senaman Tua di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Sabtu.

Himpunan tersebut dihadiri lebih 300 anak muda dari seluruh Kelantan.

Beliau berkata, rakyat negeri ini perlu merebut peluang tersebut untuk mempelajari Senaman Tua ini bagi memastikan tubuh badan mereka kekal cergas dan sihat.

Mohd Amar berkata, kerajaan negeri akan terus mempergiatkan lagi promosi dalam usaha menarik lebih ramai masyarakat untuk bersama-sama mengamalkan senaman ini.

Katanya, golongan muda perlu merebut peluang mempelajari Senaman Tua agar warisan ini terus kekal subur pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan: