Simpati nasib penduduk Kampung Sungai Baru

Fahmi. Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Fahmi
Fahmi. Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Fahmi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Sungai Baru yang menerima pampasan rendah daripada pemaju.

Fahmi menerusi kemas kini di Facebook berkata, pihaknya dimaklumkan baki pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru yang sebelum ini membantah pengambilan tanah mereka untuk pembangunan semula kawasan itu baharu sahaja selesai sesi pendengaran kedua pada Jumaat.

Menurut Fahmi, pampasan diterima penduduk itu lebih rendah berbanding kadar ditawarkan sewaktu Khalid Samad menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

"Dulu Khalid tawarkan RM850 per kaki persegi dengan saham RM150 untuk tanah Kampung Baru yang berstatus rizab Melayu (Kampung Sungai Baru Baru pula berstatus komersial)

"Namun ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tegaskan tawaran itu tidak mencukupi sepatutnya perlu ikut harga pasaran. Tapi selepas beliau (Annuar) jadi Menteri Wilayah, apa sudah jadi? menurut perkongsian di Facebook pada Jumaat.

Fahmi berkata, penduduk berputih mata apabila kadar diterima itu diantara RM500 ke 600 per kaki persegi.

"Mana suara UMNO? Mana Datuk Seri Rina Harun (Ahli Parlimen Titiwangsa) dan Bersatu? Mana geng-geng semboyan? Mana kamu semua? ujarnya.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru yang sebelum ini cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka selesai menghadiri sesi pendengaran kedua yang berlangsung selama tiga hari bermula Rabu di Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Wisma JUPEM, di sini.