Siasat jika benar menteri Bersatu terlibat skandal LCS

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa menyiasat dakwaan pembabitan seorang menteri daripada parti itu yang dikaitkan dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS) sekiranya berasas.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menteri berkenaan sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, Bersatu akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat

“Saya memandang serius penemuan laporan audit forensik yang telah diterbitkan, antara lain menimbulkan dakwaan penglibatan seorang menteri daripada Bersatu dalam skandal tersebut.

"Sebagai sebuah parti yang menjunjung prinsip integriti dan ketelusan, Bersatu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan ini sekiranya berasas,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengulangi pendiriannya menuntut Kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal itu dengan lebih menyeluruh.

Sebelum ini media melaporkan, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mendedahkan, wanita yang terlibat dengan skandal LCS merupakan isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Abd Latiff.

Artikel Berkaitan: