Polis Sabah sedia hadapi PRU15

Idris (hadapan) selepas hadir pada perhimpunan bulanan peringkat IPK Sabah, di Kota Kinabalu.
Idris (hadapan) selepas hadir pada perhimpunan bulanan peringkat IPK Sabah, di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis Sabah sudah melakukan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk melakukan latihan dalam perkhidmatan dan melatih Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) untuk ditugaskan sepanjang pilihan raya berlangsung nanti.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah berhubung persediaan bagi menghadapi PRU15.

"Kita telah mengadakan perbincangan dan bermesyuarat beberapa kali dengan SPR Sabah. Walaupun kita tidak tahu bila PRU diadakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengekalkan tahap kesiapsiagaan.

"Malah kita telah memberi latihan dalam perkhidmatan kepada semua anggota di Sabah dan ia sudah pun mula dilaksanakan di peringkat daerah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya percaya akan memerlukan pertambahan anggota dalam menghadapi PRU15 berikutan pertambahan pusat mengundi di seluruh Sabah.

"Sekarang ini terdapat penambahan daripada pusat-pusat mengundi jadi apabila ada pertambahan saya percaya kita akan meningkatkan lagi bilangan anggota yang bertugas dalam PRU.

"Disamping itu juga, kita juga melatih pasukan polis simpanan dan mengenal pasti mereka yang bersedia untuk ditugaskan semasa PRU15," katanya.

Artikel Berkaitan: