Koleksi seni Paul Allen dijangka dilelong lebih RM4 bilion

Paul Allen - Foto AFP
Paul Allen - Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Firma lelongan Christie's pada Khamis mengumumkan bahawa koleksi seni milik pengasas bersama Microsoft, mendiang Paul Allen yang meninggal dunia di usia 65 tahun pada tahun 2018 akan dilelong dengan jangkaan harga melebihi AS$41 bilion (RM4.47 bilion).

Sebanyak 150 karya seni dari hartanah milik Allen akan dijual dan jangkaan harga lelongan itu menyebabkan koleksi tersebut bakal menjadi yang paling mahal pernah dijual di dunia.

Lelongan itu dijangka melepasi harga AS$922 juta (RM4.1 bilion) yang dijana melalui hasil lelongan koleksi seni milik pelabur Amerika Syarikat (AS), Harry Macklowe dan bekas isterinya baru-baru ini.

Ia juga mengatasi harga koleksi seni seorang pelabur bank AS, David Rockefeller pada tahun 2018 yang dilelong pada harga AS$835 juta (RM3.7 bilion).

Lelongan itu akan dibuat pada bulan November depan dan ia akan menjadi lelongan seni terbesar dan paling luar biasa dalam sejarah jika terjual pada harga tersebut.

Allen meninggal dunia di Seattle, AS setelah menghidap limfoma Hodgkin iaitu sejenis kanser yang sangat teruk. - Agensi

Artikel Berkaitan: