Peluang berwakaf bantu naik taraf masjid

Masjid Ar-Rahmah Mukim Pangkal Kalong, Ketereh perlukan dana segera untuk pembelian tanah bagi projek naik taraf.
Masjid Ar-Rahmah Mukim Pangkal Kalong, Ketereh perlukan dana segera untuk pembelian tanah bagi projek naik taraf.
A
A
A

KOTA BHARU - Masjid Ar-Rahmah Mukim Pangkal Kalong, Ketereh, di sini, masih lagi memerlukan dana sebanyak kira-kira RM51,000 bagi pembelian tanah seluas 0.3 hektar bertujuan menaik taraf masjid tersebut.

Imam Satu Masjid Ar-Rahmah, Abdul Karim Mashor berkata, dana itu diperlukan bagi mencukupkan RM290,000 nilai tanah yang perlu dibeli bersebelahan tapak asal masjid tersebut.

“Setakat ini, jumlah dana terkumpul ialah RM238,953.50 dan memerlukan RM51,046.50 untuk dicukupkan sebanyak RM290,000 supaya pembelian tanah dapat disegerakan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, usaha menaik taraf masjid tersebut dijangka dapat memberi lebih keselesaan kepada lebih 600 jemaah setempat.

Menurut Abdul Karim, pentadbiran masjid memperkenalkan sistem wakaf iaitu RM50 bagi satu lot tanah dan kini tinggal 1,200 lot sahaja lagi yang belum menerima pewakaf.

“Orang ramai berpeluang berwakaf dan mendapat pahala dalam membantu masjid membeli sebidang tanah tersebut.

“Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Masjid Ar-Rahmah 0303 0000 9937 15 Bank Muamalat atau hubungi 011-2638 6886 untuk pertanyaan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: