Hubungan Pas, UMNO Pahang masih mesra

Ab Hamid
Ab Hamid
A
A
A

KUANTAN - Hubungan antara UMNO dan Pas Pahang masih mesra walaupun parti Islam itu pernah mengeluarkan kenyataan untuk merampas Pahang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha UMNO Pahang, Datuk Seri Ab Hamid Nazahar menyifatkan kenyataan itu hanyalah satu strategi politik parti berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai politik, sebaliknya memaklumkan kepimpinan UMNO lebih menumpukan kepada kerja untuk membantu rakyat.

"Ini yang menjadi keutamaan kerajaan Pahang yang diterajui (Menteri Besar) Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

"Jadi, kita teruskan (kerja) seperti biasa. Perkara berkaitan Muafakat Nasional (MN) di Pahang, sama ada ia (MN) masih wujud atau pun tidak, UMNO akan terus bekerja keras untuk menjaga rakyat Pahang," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ab Hamid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Pengarah Pilihan Raya Pas Pahang, Hamdan Abdullah pada 18 Ogos lalu.

Hamdan dalam kenyataannya memaklumkan Pas sudah sedia untuk mengambil alih kerajaan Pahang yang diterajui UMNO.

Tambah Hamdan, Pas Pahang sudah mengenal pasti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi parti itu dalam PRU15pilihan raya umum akan datang.

Artikel Berkaitan:

Minggu lalu, Wan Rosdy, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Hamdan, memberikan jawapan sama.

Beliau juga menegaskan kerajaan Pahang lebih berminat untuk membantu rakyat daripada bercakap mengenai politik.

Pada pilihan raya umum lalu, BN bertanding di semua 42 kerusi DUN di Pahang, memenangi 25 (Umno 24, MCA satu), manakala Pas menang lapan kerusi.