Kerajaan utamakan bekalan ayam pengguna domestik mencukupi

Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi. - Gambar hiasan, gambar kecil: Annuar
Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi. - Gambar hiasan, gambar kecil: Annuar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, beliau akan membuat suatu pemakluman berhubung langkah seterusnya, setelah kabinet memutuskan dasar dalam mesyuarat jemaah menteri yang akan diadakan pada Jumaat.

"Cuma yang perlu saya sampaikan kepada masyarakat, kita mengekalkan dasar di mana harga ayam perlu terus dikawal dan juga keutamaan ke tahap kecukupan bekalan domestik kekal menjadi satu keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini pada Khamis.

Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, setakat ini kerajaan menetapkan dasar, harga ayam dalam negara ditetapkan pada harga siling RM9.40 sekilogram sehingga 31 Ogos dan mengadakan kaedah memberi subsidi kepada penternak pada kadar RM1.20 bagi setiap sekilogram ayam dikeluarkan.

Katanya sehingga kini, RM888 juta bayaran dibuat kepada pengusaha dan mengambil kira semua perkara tersebut, pasukan khas itu akan membuat perakuan kepada mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat berhubung dasar seterusnya, iaitu berkaitan harga maksimum ayam dan dasar melibatkan subsidi selepas 31 Ogos. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: