Laungan "bossku", solidariti buat Najib

Sebahagian penyokong melaung kata-kata semangat sebagai tanda solidariti kepada Najib di Kuala Lumpur pad Khamis.
Sebahagian penyokong melaung kata-kata semangat sebagai tanda solidariti kepada Najib di Kuala Lumpur pad Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa individu dikatakan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaungkan kata-kata "bossku, lawan tetap lawan" sebagai solidariti kepada beliau berhubung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata- kata tersebut diucapkan di luar pekarangan kompleks mahkamah di sini sejurus selepas Ahli Parlimen Pekan itu keluar dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi anggota polis.

Najib pada Khamis dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO itu hadir ke perbicaraan tersebut selepas dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang berikutan pengsabitan atas kesalahan penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn.Bhd.