Ahli perniagaan cedera ditembak

Lokasi kejadian membabitkan seorang lelaki cedera ditembak di Kota Damansara di sini pada Rabu. (Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin)
Lokasi kejadian membabitkan seorang lelaki cedera ditembak di Kota Damansara di sini pada Rabu. (Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin)
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan cedera dalam satu kejadian tembakan di Kota Damansara di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada jam 8.40 malam, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa mangsa seorang lelaki berumur lingkungan 40-an telah ditembak oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Mangsa berjaya melarikan diri serta mendapatkan bantuan daripada pengawal keselamatan di kawasan perumahan berhampiran lokasi kejadian.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan lengan sebelah kiri itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohamad Fakhrudin berkata, sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati sebuah motosikal telah ditinggalkan, kita percaya mangsa yang menunggang motosikal itu telah terbabas setelah ditembak oleh suspek," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Maliki Ariffin di talian 013-8308485," ujarnya.

Artikel Berkaitan: