Gambar nahas tersebar, isteri Kobe Bryant menang saman

Gambar fail menunjukkan helikopter yang membawa legenda bola keranjang, Kobe Bryant di California pada Januari 2020. - Foto AP
Gambar fail menunjukkan helikopter yang membawa legenda bola keranjang, Kobe Bryant di California pada Januari 2020. - Foto AP
A
A
A

LOS ANGELES - Juri mengarahkan Daerah Los Angeles membayar ganti rugi sebanyak AS$31 juta (RM138.88 juta) kepada balu legenda bintang bola keranjang, Kobe Bryant dan seorang plaintif, Christopher Chester pada Rabu berhubung gambar grafik nahas helikopter di California yang berlaku pada tahun 2020.

Anggota-anggota Syerif dan bomba yang bergegas ke tempat kejadian pada Januari 2020 dan gambar mangsa-mangsa kejadian dirakamkan termasuk mayat Kobe, 41, dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Kobe bermain untuk kelab LA Lakers.

Perbicaraan sivil di Los Angeles mendengar bagaimana beberapa anggota pihak berkuasa itu menunjukkan gambar kepada orang ramai termasuk seorang pelayan bar manakala seorang anggota pejabat Syerif menghantar imej tersebut kepada rakannya.

Dalam pembelaannya, pihak Daerah Los Angeles berkata, gambar itu tidak pernah sampai kepada pengetahuan umum dan anggota-anggota pihak berkuasa tersebut telah bersungguh-sungguh dalam usaha untuk memadamkan imej tersebut daripada peranti.

Namun, dalam perbicaraan selama dua minggu itu, mahkamah mendengar bagaimana balu bintang bola keranjang tersebut, Vanessa Bryant, 40, dan Chester, 48, yang mana isteri dan anak perempuannya turut terkorban dalam nahas itu, hidup dalam ketakutan apabila gambar-gambar tersebut dibimbangi akan muncul di internet pada suatu hari kelak.

Kedua-dua mereka kemudian menyaman Daerah Los Angeles untuk kerosakan emosi akibat penyebaran foto tersebut.

Daerah itu diperintahkan membayar AS$16 juta (RM71.68 juta) kepada Bryant dan $15 juta (RM67.20 juta) kepada Chester.

Artikel Berkaitan:

Seramai sembilan orang terbunuh dalam kejadian itu. - Agensi