[VIDEO] Najib bersut biru gelap, kemeja putih ke mahkamah

Najib dipercayai memakai baju warna yang sama semasa prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa lalu. - Foto Fail Bernama
Najib dipercayai memakai baju warna yang sama semasa prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa lalu. - Foto Fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memakai sut biru gelap berkemeja putih memasuki bilik bicara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada jam 10.42 pagi Khamis, untuk prosiding kes rasuah dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Bekas Perdana Menteri itu dipercayai memakai baju warna yang sama semasa prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Selasa lalu.

Najib, 69, diiringi oleh pegawai Penjara Kajang daripada lokap terus ke bilik saksi melalui laluan khas orang kena tuduh (OKT).

Ahli Parlimen Pekan itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.



Artikel: https://bit.ly/3ALrYIz

#BeritaSemasa #SinarHarian

" />