Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Kenderaan SUV berwarna hitam yang dinaiki Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.27 pagi.
Kenderaan SUV berwarna hitam yang dinaiki Najib tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.27 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada jam 8.27 pagi bagi menghadapi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis.

Najib hadir menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.

Ia merupakan penampilan pertama Najib selepas dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pada Selasa, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Setakat jam 9.15 pagi, penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kelihatan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Foto Sinar Harian
Setakat jam 9.15 pagi, penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kelihatan di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur - Foto Sinar Harian



Artikel Berkaitan: